Latar Belakang Desa KEDA Sungai Semiar

Dewan Aktiviti Masyarakat Desa KEDA Sungai Semiar

Desa KEDA merupakan penempatan yang diwujudkan oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) bermula dari tahun 1989 kepada penduduk Negeri Kedah yang termasuk dalam kategori Miskin Tegar. Terdapat 56 Desa KEDA di kawasan operasi KEDA yang dikategorikan kepada tiga jenis penempatan iaitu Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), Keselamatan dan Pembangunan (KESBAN) dan Kampung Tradisional.

Desa KEDA Sungai Semiar merupakan salah satu penempatan yang dibangunkan di bawah Program Penempatan Rakyat Termiskin (PPRT) oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) pada Tahun 1997. Pada Tahun 1998, penempatan ini mula diduduki oleh Fasa Pertama dan Fasa Kedua pula pada Tahun 2002 dengan bilangan rumah sebanyak 95 buah rumah dan memberi manfaat kepada 475 orang penduduk di Daerah Sik.